Isu Shaklee
sokong Israel,Shaklee sumbang dana ke Israel bukan satu isu baru. Kisahnya macam ni, ia berpunca daripada website satu badan bebas namanya Keneseth
Israel.Website tersebut telah mengelirukan banyak pihak dengan
meletakkan logo rasmi Shaklee di websitenya. Siapa2 yang klik logo itu
akan link ke page salah seorang ahlinya, Dave Miller dan ahlinya ini
adalah pengedar bebas Shaklee. Sedangkan Shaklee tak terlibat
menyumbang dana israel. Faham tak? Dan ia menyebabkan
ramai yang panik dan membuat andaian sendiri kononnya Shaklee sokong
Israel, sumbang dana ke Israel dan macam2 lagi tuduhan dan andaian liar.
Shaklee Malaysia dah pun
mengesahkan yang Shaklee tidak ada kaitan... Bila dah diterangkan,reda
sekejap.. tapi biasa lah kan..dah nama pun isu berbangkit.. Bila datang balik musimnya, ramai lagi yang membuat tuduhan dan andaian bukan2. Nah sekarang pihak Shaklee Management telah mengeluarkan kenyataan rasmi hitam putih berkaitan isu tersebut. Bacalah sendiri yer.

Mana-mana yang masih ragu-ragu, yang masih tak puas hati ..terserah..Tuhan sahaja yang tahu apa yang ada dalam hati setiap insan. Ini bukan isu tegak benang basah atau apa... Kalau nak boikot, biar kita tahu kenapa dan mengapa,bukan sekadar andaian atau ikut2an, Boikot ni bukan macam fesyen baju.. ada trend2 musim.Fahamkan terlebih dahulu istilah yahudi, zionis,israel dan maksud boikot sebenar2nya.
Mari warga Jutawan kita berusaha membuat lebih banyak kebaikan di mukabumi ini. Lagi banyak bonus dapat, lagi banyak kita boleh berikan ke jalan yang sepatutnya.. betul tak. Bukan Dave Miller sorang je boleh buat dana, kita pun boleh kumpul dana dengan usaha kita sendiri. jadi tanya diri kita banyak mana kita dah berusaha?
Kesimpulannya, saya tetap sayang Shaklee.. always safe, always work, always green.. dan yang penting. Shaklee produk natural yang menentang segala bentuk keganasan kat dunia .. Ini petikan email baru2 ini dari Shakee Corporation"...WE WANTED TO MAKE IT VERY CLEAR THAT SHAKLEE IS AGAINST VIOLENCE OF ANY KIND ANYWHERE IN THE WORLD....".. (terima kasih, Roger , Bradford dan Shaklee Malaysia atas feedback dan tindakan)
No comments:
Post a Comment